BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

AKTIVITI 18.12.2009

BAGAIMANA DATA DARI PELBAGAI SUMBER DAN TEKNIK DIANALISIS

BUKU
ALL YOU NEED TO KNOW ABOUT ACTION RESEARCH

Sebelum data dikumpul perkara yang perlu diberi keutamaan ialah dengan mengetahui data apa yang diperlukan, dimana data-data boleh dikumpulkan dan bagaimana untuk memastikan cara pengumpulan data adalah konsisten.

1. PENGUMPULAN DATA:

a. Pemerhatian dan teknik pengumpulan data dengan merekodkan tindakan : Nota Lapangan ( peta minda, spider diagrams dan gambar) Lembaran kerja dan jadual dan Analisis sosiometrik.

b. Pemerhatian dan teknik pengumpulan data dengan merekodkan pembelajaran : Penulisan (borang), diari, soal selidik, survey dan interview.

Tempat pengumpulan data:

a. Rekod peribadi (diari, autobiografi). Rekod Umum ( minit mesyuarat, polisi,arkib)

- Menyimpan maklumat berkaitan apa yang difikirkan dan dilakukan,

b. Main peranan dan persembahan

- Peserta melibatkan diri dan memdapat maklumbalas daripada pengalaman. Perlu sentiasa merekodkan pengalaman dan pembelajaran.

c. Hasil kerja seni

- Mengalakkan peserta menyampaikan makusd melalui persembahan visual.

d. Video

- Dapat menunjukkan rakaman sebenar.

- Menggunakan pita rakaman tetapi perlu mematuhi etika. Sebelum merakamkan perlu mendapat keizinan terlebih dahulu.

2. PENYUSUNAN DAN PENYIMPANAN DATA

Data dibahagikan kepada dua bahagian yang melibatkan perbualan dan catatan diari iaitu:

a. Data yang menunjukkan pembelajaran diri sendiri

b. Data yang menunjukkan pembelajaran dari orang lain

*perbualan sesama peserta, rakan. Diari berkaitan refleksi.

JURNAL
A. PEDAGOGICAL REASONING, CREATIVITY AND COOPERATIVE LEARNING IN THE VISUAL ART CLASSROOM

Bukti perubahan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran direkodkan. Maklumat diperolehi daripada hasil temubual bersama pelajar dan juga semasa interaksi di dalam kelas. Bentuk maklumat yang diperolehi termasuklah gambar, rancangan pengajaran, refleksi individu dan hasil kerja seni. Temubual pula dirakamkan. Semasa temubual dijalankan, pelajar menggunakan pembelajaran koperatif untuk peringkat mencari fakta dan penemuan idea.

Menggunakan Parnes model : CPC model

Menggunakan boring kaji selidik

Kajian tindakan digunakan menerapkan strategi penilaiaan masalah dimana pelajar tidak lagi bergantung kepada arahan guru. Hubungan yan g erat antara proses dan hasil dibuktikan melalui maklumbalas soal selidik. Melalui pemerhatian hasil kerja seni didapati pelajar lebih berkeyakinan. Maklumbalas dari soal selidik mencadangkan langkah bagi model menyediakan rujukan berguna kepada pelajar.

Kajian tindakan membolehkan guru menjadi lebih analitik dengan pengajarannya, dan mengenalpasti jalan yang terbaik bagi memperbaharui pengajaran. Bukti juga menunjukkan penggunaan ruang lebih fleksibel dalam persekitaran seni visual yang mengamalkan pembelajaran koperatif. Kerana pelajar dibenarkan bergerak secara bebas di dalam kelas.



2. ACTION RESEARCH IN THE SECONDARY SCIENCE CLASSROOM : STUDENT RESPONSE TO DIFFERENTIATED, ALTERNATIVE ASSESSMENT

Pelajar menandakan penilaian pada borang penilaian rubrik. Pelajar juga memilih untuk menyiapkan penilaian aktviti secara bersendirian atau dalam kumpulan kecil. Kemudian pelajar memilih produk yang dicipta. Projek yang dihasilkan melibatkan papan permainan model 3D, persembahan computer, laman web, risalah, surat khabar, penulisan kreatif atau formal, konsert ataupun kombinasi kesemuanya. Setiap semester, pelajar akan menghasilkan sekurang-kurang tiga penilaian dalam format yang berbeza.

Semasa perbincangan meja bulat yang dibuat secara berkala pelajar akan mendapat maklumbalas. Pelajar akan sentiasa bekerja dalam kumpulan dan membincangkan perkara berkaitan bagaimana, apa dan kenapa. Guru pula akan sentiasa memantau dan masuk campur jika perlu bagi memastikan pelajar menjalankan tugas. Guru berperanan membantu, memberi arahan, dan dorongan kepada individu dan kumpulan. Selesai tugasan, pelajar akan membuat perbentangan danmenyerahkan hasil kerja kepada guru untuk penilaian.

Model penilaian digunakan oleh guru-penyelidik selama 90 hari pengajaran semasa pelajar melengkapkan kelima-lima penilaian alternatif yang berbeza. Di akhir semester, data mengenai sikap dan keyakinan dikumpul dari maklumbalas soal-selidik secara terpaksa dan terbuka.

Guru-penyelidik membentuk 24 soalan soal selidik secara paksaan menggunakan gaya Likert berdasarkan lima skala dari “Sangat bersetuju” hingga kepada “Sangat tidak bersetuju”. Hipotesis null bagi setiap pernyataan adalah nilai spectrum pertengahan tiga. Dua set daripada 12 soalan dimasukkan untuk menyekat respon yang ditetapkan.Skor min, nilai-t, tahap singnificance untuk two-tailed t-test yang ditentukan jawapan dalam setiap pertanyaan. Bagi soal selidik secara terbuka, penyelidik guru memberikan kepada pelajar yang dipilih untuk tahap dua. Soalan-soalan ini tertumpu pada jenis penilaian yang disukai pelajar dan alas an masing-masing.


3. ACHIEVING TRANSFORMATIVE SUSTAINABILITY LEARNING : ENGAGING HEAD, HANDS AND HEART

Pedagogies transdisciplinary, pengalaman, dan tempat pembelajaran.The kemapanan berasaskan pedagogies yang dikenalpasti untuk relevan adalah: tindakan pembelajaran, perkhidmatan masyarakat belajar, pedagogi emansipatoris kritis, pendidikan persekitaran, kajian aksi partisipatif, pedagogi untuk eko-keadilan dan masyarakat, pembelajaran berasaskan masalah, dan pengetahuan ekologi tradisional.

Program-program kesinambungan memenuhi tujuan pembelajaran TSL memuncak dalam penciptaan program yang sederhana penilaian matriks. Tujuan pembelajaran yang menginformasikan matriks ini merupakan kombinasi garis panduan, strategi, keputusan dan kriteria penilaian, berasal dari studi model pedagogis yang ada. Objektif daripada "penilaian" belajar program adalah untuk melihat di mana masing-masing kuat dan di mana ada ruang untuk perbaikan. Hasil dapatan kajian dipaparkan dalam gambarajah venn yang menunjukkan kombinasi tujuh

Penyelidikan ini menghasilkan tiga penemuan utama. Mencapai TSL kepala, tangan dan hati sebagai prinsip pengorganisasian kepala, tangan dan jantung pada dasarnya adalah singkatan untuk melibatkan kognitif, psikomotor dan pembelajaran afektif domain.TSL, belajar yang memudahkan pengalaman peribadi untuk para peserta yang mengakibatkan perubahan mendalam dalam pengetahuan, kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan meningkatkan ekologi, keadilan sosial dan ekonomi. TSL tujuan belajar muncul daripada kajian yang lain kemapanan dan pedagogis transformatif model, kaedah dan keputusan, dan melalui penyertaan dalam pembelajaran tersebut kolaborasi percubaan yang kita dianggap sebagai kajian kes.

KOLOKIUM DPLI 2009

A. MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS (BERMASALAH PEMBELAJARAN) MENGGUNAKAN TEKNIK MUZIK BERGAMBAR.

a. Bagaimana data dari pelbagai sumber dianalisis?

Data dikumpulkan melalui teknik pemerhatian dan rakaman video untuk melingenalpasti minat, tahap prestasi dan pencapaian pelajar.

b. Apakah kekuatan dan kelemahan?

Kekuatan: Melalui pemerhatian dan rakaman video, gambaran sebenar yang berlaku di dalam kelas dapat diperhatikan dan dilihat dengan jelas. Teknik muzik bergambar yang digunakan membantu guru untuk menarik minat pelajar. Ini telah dibuktikan melalui rakaman video yang dibuat. Perubahan tingkah laku pelajar telah diperhatikan daripada rakaman sebelum dan selepas teknik muzik bergambar diaplikasikan.

Kelemahan: Berkemungkinan pemerhatian yang dibuat tidak menyeluruh. Begitu juga dengan rakaman video. Hanya merakam keadaan yang diingini sahaja. Tiada catatan rekod yang jelas dibuat dari pemerhatian sekadar ingatan.

c. Cadangan Penambahbaikan

Pengumpulan data perlulah lebih sistematik. Sebagai contoh, jika pemerhatian dilakukan perlu membuat senarai semak supaya pengumpulan data lebih tepat dan telus. Catatan perlu dibuat bagi setiap tingkah laku yang diperhatikan.

Bagi rakaman video pula, rakaman perlu dilakukan pada setiap sesi pengajaran contohnya pada waktu sebelum rehat dan selepas rehat. Ini kerana tingkah laku mungkin berbeza bagi kedua-kedua suasana.

Penggunaan muzik perlu berseuaian. Teknik yang digunakan juga perlu dipelbagaikan lagi seperti teknik permainan.



B. MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 4 DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF

a. Bagaimana data dari pelbagai sumber dianalisis?

Data diperoleh melalui kaedah hasil pemerhatian, rakaman video, hasil kerja kumpulan, temubual,refleksi dan penilaian..

Pemerhatian: Melalui tindakbalas yang ditunjukkan seperti raut wajah.

Hasil kerja kumpulan: Pelajar menjana idea masing-masing kemudian melakukan pembentangan dan berkongsi idea.

Temubual: melalui soalan berstruktur dan tidak berstruktur, maklumbalas pelajar samada teknik pembelajaran koperatif menarik atau tidak.

Refleksi dan Penilaian: penggunaan kata kunci bagi membantu pelajar mudah mengingat. Penggunaan video yang berkaitan isu kesihatan

b. Apakah kekuatan dan kelemahan?

Kekuatan: Melalui temubual maklumbalas tiada andaian dibuat kerana jawapan dari pelajar sendiri.

Kelemahan: Kekangan masa dan terdapat pelajar yang tidak memberikan komitmen sepenuhnya.

c. Cadangan Penambahbaikan

Kaedah yang digunakan akan lebih berkesan sekiranya pelajar melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Soalan-soalan yang dirancang untuk temubual perlulah lebih tersusun supaya tidak bertindan.

AKTIVITI 13 : TUGASAN 4 MINI KT

PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

Pendekatan konstruktivisme tertumpu di bilik darjah dimana pelajar didedahkan kepada peluang-peluang untuk belajar dan menilai dan mengakomodasi maklumat dan ilmu pengetahuan ke arah pemahaman yang lebih kukuh. Pendekatan ini membantu pelajar kea rah perkembangan pemikiran pelajar. konstruktivism ialah proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru.

Prinsip-prinsip Konstruktivisme adalah seperti berikut:

1. Pengetahuan dibina pelajar.

2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.

3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.

4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.

5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.

6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.

7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.

8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.

PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF

a. Pelajar belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan.

b. Pelajar saling berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran

c. Pelajar melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam pembelajaran kumpulan

d. Pelajar bertanggung jawab terhadap diri dan kumpulan (5-6 orang)

PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF

a. Pelajar berusaha bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama

b. Pembelajaran secara kumpulan kecil, berbagai kebolehan

c. Matlamat intelek, sosial dan penyelesaian masalah disiplin bilik darjah

d. Pembelajaran dapat ditingkatkan, kerjasama dapat dipupuk, masalah disiplin dapat dikurangkan

PELAKSANAAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF DAN KOLABORATIF

- Aktiviti pembelajaran sekumpulan murid dibawah bimbingan guru, bertukar-tukar idea melalui perbincangan, menyumbang kemahiran masing-masing dalam mencapai matlamat kumpulan.

- Kumpulan yang pelbagai kebolehan bekerjasama dan tolong menolong bagi menyelesaikan sesuatu projek pembelajaran

- Sekumpulan murid yang mempunyai semangat bekerjasama dapat mencapai objektif pembelajaran dengan lebih cepat dan berkesan daripada uasaha secara sendiri

- Empat kriteria asas untuk pelaksanaan pembelajaran koperatif dan kolaboratif : Semangat kebergantungan, Kemahiran sosial, Kesedaran tanggungjawab individu dan Penilaian kumpulan

- Membahagikan murid dalam kumpulan yang sesuai dan beri nama setiap kumpulan

- Kumpulan terdiri murid pelbagai kebolehan

- Nyatakan objektif pelajaran, bahan-bahan pelajaran dan langkah-langkah melaksanakan aktiviti

- Nyatakan kemahiran kerjasama yang diperlukan

- Tegaskan panilaian kumpulan, kerjasama diperlukan dalam pembelajaran berkumpulan

TUNJUK CARA (DEMONSTRASI)

Satu teknik pengjaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru melakukan tunjuk cara. Tunjuk cara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi sebagai contoh guru menunjukkan cara membuat movie maker.

Sebelum demonstrasi – topik, objektif, alatan, radas, tujuan demonstrasi.

Semasa demonstrasi – guru memandang murid, menerangkan, menyoal, murid melihat dsb.

Selepas demonstrasi – bincangkan bahagian demonstrasi yang penting, tujuan demonstrasi dan aktiviti pengukuhan.

PENGAJARAN TERANCANG BERBANTUAN KOMPUTER

- pengajaran diprogramkan dalam disket/perisian

- ditayangkan dalam monitor computer

- Latih-tubi, tutorial, inkuiri-dialog, simulasi, permainan, penyelesaian masalah, pemulihan, pengayaan & penilaian.

- Murid belajar sendiri, masa fleksibel.

- Berdikari, melatih kemahiran berfikir