BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

TUGASAN KELAS : 10 SEBAB MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN

    1. Membolehkan guru membuat penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    2. Memberi peluang kepada guru mencadangkan idea baru yang bersesuaian atau mengaplikasikan kaedah sedia ada semasa proses pengajaran mereka.

    3. Bagi mengalakkan guru berfikiran dengan lebih kreatif dan inovatif untuk menjadikan proses pengajaran dapat menarik minat dalam proses pembelajaran pelajar.

    4. Memberikan pengalaman baru dan meningkatkan pengalaman sedia ada guru melalui kajian yang dilakukan.

    5. Memberi pendedahan kepada guru tentang permasalahan yang berlaku dalam proses pembelajaran pelajar serta memberi peluang kepada guru untuk membuat cadangan berkaitan.

    6. Kajian yang dibuat dijadikan sebagai sumber rujukan atau panduan pada masa akan datang untuk meningkatkan mutu pendidikan sering dengan JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial)

    7. Kajian digunakan untuk mengukur keberkesanan pendekatan yang digunakan atau dicadangkan, ianya bagi proses penilaian sama ada objektif-objekif tertentu dicapai ataupun tidak.

    8. Membolehkan guru-guru saling bertukar maklumat dan pandangan tentang kaedah pengajaran yang digunakan memandangkan pelajar mempunyai pelbagai ragam, justeru itu dapat membantu guru mengaplikasikan kaedah yang bersesuaian berdasarkan kajian yang telah terbukti berkesan. Ini dapat menjimatkan masa dan penumpuan kepada aspek lain boleh dititikberatkan sama.

    9. Menjadikan guru lebih peka terhadap persekitaran mereka terutamanya para pelajar dengan melihat kepada kepentingan keberkesanan pengajaran serta bagi menarik minat pelajar dalam usaha mendidik mereka menjadi insan yang berguna.

    10. Guru adalah agen perubahan. Keputusan kajian yang diperoleh membantu guru membentuk perubahan dalam diri pelajar. Guru tidaklah bertindak secara membabi buta sebaliknya mempunyai bukti yang lengkap seperti hasil dari dapatan kajian.