BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

AKTIVITI 1 : TUGASAN 1 BUKU

APA YANG DIMAKSUDKAN KAJIAN TINDAKAN

Buku 1 :
All You Need To Know About Action Research
By: Jean McNiff & Jack Whitehead


Apa maksud Kajian Tindakan?

Kajian tindakan adalah suatu bentuk penyiasatan yang membolehkan pengamalnya mengenalpasti dan menilai pekerjaan mereka. Persoalan yang sering ditanyakan ialah “Apa yang saya lakukan? Apa yang perlu saya lakukan untuk memperbaikinya? Bagaimana cara untuk meningkatkan pembelajaran sendiri dan mempengaruhi orang lain.

Kajian yang membolehkan guru mengkaji serta menilai kerja mereka berkaitan apa yang perlu dilakukan, bagaimana untuk meningkatkan mutu pengajaran dan membuat penambahbaikan supaya ianya berkesan dan boleh digunakan oleh orang lain. Terutama sekali bagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Kajian tindakan merupakan satu proses yang bersifat berterusan.




Buku 2:
The Reflective Educator’s Guide to Classroom Research: Learning to Teach and Teaching to Learn Through Practitioner Inquiry

By : Nancy Fitchman Dana & Diane Yendol-Solva

• Berdasarkan buku ini, Kajian Tindakan adalah usaha yang melibatkan dua orang guru atau lebih melaksanakan inkuiri secara kolaboratif (usaha sama) semasa menjalankan kajian menmperbaiki proses P&P di dalam kelas.
• Kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial
Setiap kitaran melibatkan :
1. Mengenal pasti isu yang ingin diatasi atau diperbaiki
2. Merancang Strategi
3. Mengaplikasikan strategi yang telah dibuat
4. Menilai keberkesanan strategi yang telah dibuat


Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, kajian tindakan ialah kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti atau mengesan punca-punca masalah dalam bilik darjah yang menghalang P&P dilakukan secara berkesan dan mencari langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Jika masalah tersebut masih tidak dapat diatasi, kajian semula harus dilakukan untuk mencuba langkah lain yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah itu.

Buku 3:
Classroom Research: Implementing the Scholarship of Teaching

By: Cross K. P & Steadman M. H.

Berdasarkan buku ini, kajian di dalam bilik darjah adalah bermaksud kajian yang dilakukan oleh guru mengenai proses P&P di dalam bilik darjah sendiri. Kajian tindakan ini akan memberi manfaat kepada guru dan pelajar dengan pembelajaran secara kolaboratif secara aktif di dalam bilik darjah berikut. Guru akan belajar bagaimana untuk menjadi guru yang lebih efektif dan pelajar akan belajar untuk menjadi pelajar yang lebih efektif. Ia menekankan tentang apa yang berlaku di dalam kelas serta proses-prosesnya.
Ciri-ciri Kajian Tindakan:

1. Berpusatkan pelajar

2. berpusatkan guru.

3 Kolaboratif antara guru dan pelajar.

4. Soalan yang spesifik.

5. Praktikal dan relevan.

6. Berterusan (ongoing).


0 comments: