BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

TUGASAN KELAS : KONSEP DAN MODEL REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN



KONSEP
Elliot & Adelman, 1976

Kajian tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Merupakan penyelidikan terhadap situasi social di sekolah bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru di bilik darjah.


McNiff, 1988

Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif.

Hanpah hussin, 2001
Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisma dalam profesion perguruan.

Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah mempunyai beberapa kebaikan, antaranya:- a. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik darjah. b. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid. c. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri. d. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membanttu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan

MODEL REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN

Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)

Daripada di atas, proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas sesuatu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Seterusnya, guru perlu menyediakan pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1). Jika masalah itu tidak dapat diselesaikan, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru perlu membuat refleksi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada penghujungnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan metilah bersifat pragmatik dan memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.


REKA BENTUK MODEL

Kajian Tindakan bergantung kepada teknik/konsep pengajaran & pembelajaran pengkaji serta kebiasaan/kelaziman pengkaji terhadap pelbagai jenis kaedah penyelidikan

a. LEWIS (1949)

Kajian Tindakan merangkumi langkah-langkah dalam membuat perancangan, bertindak dan akhirnya mencari fakta berhubung keputusan yang didapatinya.

b. Kember (2000)

Kajian Tindakan berbentuk pusaran (spiral) iaitu merancang, bertindak, memerhati seterusnya merefleksi.

Kitaran Spiral ada 4 langkah utama iaitu:

1. Memerhati/mengenalpasti perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku/boleh diperbaiki (Observe)

2. Merancang pelan tindakan yang mana melibatkan perubahan dalam amalan (Plan)

3. Melaksanakan perancangan (Act)

4. Melihat kesan pelaksanaan (Reflect)

c. Lin. S.N R (2009)

Kitaran Kajian Tindakan:

i. Perhati : Perasan terdapat sesuatu yang perlu atau boleh diperbaiki

ii. Rancang : merancang tindakan yang melibatkan sesuatu perubahan dalam amalan.

iii. Tindakan : melaksanakan perubahan

iv. Refleksi : melihat semula kesan akibat perubahan yang telah dibuat


0 comments: