BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

AKTIVITI 13 : TUGASAN 4 MINI KT

PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

Pendekatan konstruktivisme tertumpu di bilik darjah dimana pelajar didedahkan kepada peluang-peluang untuk belajar dan menilai dan mengakomodasi maklumat dan ilmu pengetahuan ke arah pemahaman yang lebih kukuh. Pendekatan ini membantu pelajar kea rah perkembangan pemikiran pelajar. konstruktivism ialah proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru.

Prinsip-prinsip Konstruktivisme adalah seperti berikut:

1. Pengetahuan dibina pelajar.

2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.

3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.

4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.

5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.

6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.

7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.

8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.

PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF

a. Pelajar belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan.

b. Pelajar saling berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran

c. Pelajar melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam pembelajaran kumpulan

d. Pelajar bertanggung jawab terhadap diri dan kumpulan (5-6 orang)

PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF

a. Pelajar berusaha bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama

b. Pembelajaran secara kumpulan kecil, berbagai kebolehan

c. Matlamat intelek, sosial dan penyelesaian masalah disiplin bilik darjah

d. Pembelajaran dapat ditingkatkan, kerjasama dapat dipupuk, masalah disiplin dapat dikurangkan

PELAKSANAAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF DAN KOLABORATIF

- Aktiviti pembelajaran sekumpulan murid dibawah bimbingan guru, bertukar-tukar idea melalui perbincangan, menyumbang kemahiran masing-masing dalam mencapai matlamat kumpulan.

- Kumpulan yang pelbagai kebolehan bekerjasama dan tolong menolong bagi menyelesaikan sesuatu projek pembelajaran

- Sekumpulan murid yang mempunyai semangat bekerjasama dapat mencapai objektif pembelajaran dengan lebih cepat dan berkesan daripada uasaha secara sendiri

- Empat kriteria asas untuk pelaksanaan pembelajaran koperatif dan kolaboratif : Semangat kebergantungan, Kemahiran sosial, Kesedaran tanggungjawab individu dan Penilaian kumpulan

- Membahagikan murid dalam kumpulan yang sesuai dan beri nama setiap kumpulan

- Kumpulan terdiri murid pelbagai kebolehan

- Nyatakan objektif pelajaran, bahan-bahan pelajaran dan langkah-langkah melaksanakan aktiviti

- Nyatakan kemahiran kerjasama yang diperlukan

- Tegaskan panilaian kumpulan, kerjasama diperlukan dalam pembelajaran berkumpulan

TUNJUK CARA (DEMONSTRASI)

Satu teknik pengjaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru melakukan tunjuk cara. Tunjuk cara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi sebagai contoh guru menunjukkan cara membuat movie maker.

Sebelum demonstrasi – topik, objektif, alatan, radas, tujuan demonstrasi.

Semasa demonstrasi – guru memandang murid, menerangkan, menyoal, murid melihat dsb.

Selepas demonstrasi – bincangkan bahagian demonstrasi yang penting, tujuan demonstrasi dan aktiviti pengukuhan.

PENGAJARAN TERANCANG BERBANTUAN KOMPUTER

- pengajaran diprogramkan dalam disket/perisian

- ditayangkan dalam monitor computer

- Latih-tubi, tutorial, inkuiri-dialog, simulasi, permainan, penyelesaian masalah, pemulihan, pengayaan & penilaian.

- Murid belajar sendiri, masa fleksibel.

- Berdikari, melatih kemahiran berfikir

0 comments: