TAJUK PEMBENTANGAN 1:
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS (BERMASALAH PEMBELAJARAN) MENGGUNAKAN TEKNIK MUZIK BERGAMBAR
TAJUK PEMBENTANGAN 2:
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 4 DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF
Seperti mana yang diketahui, Kajian tindakan adalah suatu bentuk penyiasatan yang membolehkan pengamalnya mengenalpasti dan menilai pekerjaan mereka. Persoalan yang sering ditanyakan ialah “Apa yang saya lakukan? Apa yang perlu saya lakukan untuk memperbaikinya? Bagaimana cara untuk meningkatkan pembelajaran sendiri dan mempengaruhi orang lain. Kajian yang membolehkan guru mengkaji serta menilai kerja mereka berkaitan apa yang perlu dilakukan, bagaimana untuk meningkatkan mutu pengajaran dan membuat penambahbaikan supaya ianya berkesan dan boleh digunakan oleh orang lain. Terutama sekali bagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Kajian tindakan merupakan satu proses yang bersifat berterusan.
Pada pendapat saya, berdasarkan kajian yang dibuat kedua-duanya adalah bersesuaian dengan maksud kajian tindakan seperti yang telah dinyatakan di atas. Hal ini kerana kajian dibuat untuk menilai mutu pengajaran guru yang dinilai sama ada ianya dapat menarik minat pelajar ataupun tidak. Prosedur kajian yang digunakan pula adalah bersesuaian, iaitu merancang, bertindak, memerhati dan refleksi dan membuat penambahbaikan. Kesimpulannya kedua-dua tajuk pembentangan di atas adalah menepati ciri-ciri yang perlu ada dalam kajian tindakan. Huraian yang lebih mendalam berkaitan isi kajian boleh dilihat pada tajuk Tugasan 3.
Komen Tajuk:
Pengkaji mungkin boleh mengubah tajuk kepada 'Meningkatkan Pemahaman Pelajar Melalui Bahan bantu Mengajar Media Elektronik (Klip Video)' iaitu dengan menggugurkan perkataan penggunaan. Kaedah yang digunakan adalah bersesuaian dan terancang.
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MELALUI TEKNIK GUBAHAN LIRIK LAGU
Tajuk yang dipilih adalah bersesuaian dan menepati konsep kajian tindakan itu sendiri iaitu menambaikkan kaedah pengajaran bagi tujuan menarik minat pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1998) iaitu refleksi, perancangan, tindakan dan pemerhatian. Teknik ini telah berjaya melibatkan pelajar secara aktif di dalam bilik darjah.
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MELALUI TEKNIK GUBAHAN LIRIK LAGU
Tajuk kajian ini memang sesuai dengan kajian tindakan yang dilakukan. Teknik gubahan lagu mampu untuk menarik minat pelajar terhadap pembelajaran yang dipersembahkan. Pelajar juga dapat memberikan respon yang positif terhadap tugasan yang diberikan oleh guru. Secara tidak langsung, pembelajaran yang dijalankan melalui teknik gubahan lagu ini berkesan untuk membuatkan pelajar-pelajar dapat berfikir secara kreatif dan kritis di samping meningkatkan pemahaman pelajar tersebut dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di dalam kelas.
MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS DAN MEMBACA JAWI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 MELALUI KAEDAH SIMULASI KOMPUTER
Kajian tindakan dengan menggunakan kaedah simulasi komputer juga adalah bersesuaian dengan konsep kajian tindakan itu sendiri. Melalui kaedah simulasi komputer ini, ia bukan sahaja dapat menarik minat pelajar terhadap penulisan jawi, tetapi juga dapat memberi pendedahan terhadap penggunaan teknologi komputer yang amat penting pada masa kini. pelajar juga menunjukkan semangat yang tinggi semasa proses P&P dijalankan. Secara kesimpulannya, kaedah ini berkesan untuk digunakan di dalam bilik darjah kerana ia dapat memberikan pengajaran yang jelas terhadap penulisan jawi ini.
0 comments:
Post a Comment